kandung

1. kantung, pundi-pundi:
ia mengeluarkan wang daripada ~nya;

2. rahim, pundi-pundi peranakan;
abang (adik, anak, ayah, ibu) ~ abang dan lain-lain sendiri (bukan abang dan lain-lain tiri atau abang angkat);
saudara se~ adik (abang, kakak) seibu sebapa;
~ jantung [Indonesia] selaput jantung;
~ kencing [Indonesia] pundi-pundi kencing;
bunga ~ bunga yang kecil-kecil yang terdapat pada bahagian tengah bunga (seperti pada bunga matahari);

berkandung
1. berisi, bermuat;

2. hamil;

mengandung
1. membawa sesuatu dalam saku dan lain-lain:
~ wang;

2. hamil:
sudah berapa bulan Aini ~?

3. = mengandungi berisi, memuat:
bunga yang ~ racun;
tanah yang ~ bijih timah;
kata yang ~ erti;

mengandungkan mempunyai janin yang sedang membesar di dalam rahim, menghamilkan, membuntingkan:
suaminya berubah perangai apabila dia ~ anaknya yang ketiga;

terkandung dikandung, terdapat atau termuat di dalam sesuatu, tercantum (tersirat):
bijih emas yang ~ dalam batu kapur;
kesalahan-kesalahan yang ~ dalam undang-undang;
rasa sedih yang ~ dalam suaranya;

kandungan
1. sesuatu yang dikandung oleh sesuatu yang lain, apa yang termuat (di dalam sesuatu), isi:
~ bungkusan; ~ buku (surat dan sebagainya);
menyelidiki ~ kimia batu kapur;

2. sesuatu yang tercantum atau tersirat (di dalam hati dan sebagainya), isi:
~ hati;
~ jiwa;

3. anak yang masih dalam rahim ibu:
~nya kian hari kian besar;

4. kandung, rahim:
anak yang masih dalam ~;
angka ~ kecil
angka terkecil yang boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih:
24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3.

berkongsi