1. bahagian (pihak) yang berlawanan dengan kiri, bahagian (pihak) yang di sebelah timur kalau kita berdiri menghala ke utara;
tangan ~
a) tangan yang di sebelah kanan (biasanya digunakan untuk makan);
b) pembantu yang utama (penting), orang harapan;
langkah ~
a) nasib baik (beruntung);
b) saat yang baik (beruntung);
2. penting (utama), tinggi kedudukannya (pangkatnya dan lain-lain):
pegawai ~ kerajaan;
3. yang mengikut atau berdasarkan aliran politik yang sederhana (konservatif, tidak revolusioner):
pemerintahan masih dikuasai oleh parti yang berhaluan ~;
puak ~ tetap menguasai pemerintahan negeri itu;
menganan (berpusing, berbelok, dan lain-lain) ke arah kanan;
menganankan membawa (memusingkan dan lain-lain) ke arah kanan, mengarahkan ke kanan;
terkanan
1. berada di tempat yang paling kanan;
2. terkemuka (terutama, tertinggi, dan lain-lain):
dua orang pegawai ~ Kementerian Luar telah dikirim ke P.B.B;
kekananan kedudukan yang lebih tinggi berbanding dengan kedudukan orang atau jawatan lain (dalam struktur pentadbiran dan sebagainya):
salah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yang memohon.
Kanaq penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Melayu-Proto yang tinggal di kawasan pinggir Kampung Selagi, Mawai daerah Kota Tinggi, Johor.