sejenis binatang mamalia seperti domba atau biri-biri, Capra spp.;
~ benggala;
~ kacang;
~ kibas, dan lain-lain;
~ benggala kambing besar (berbulu panjang);
~ gurun = ~ hutan sejenis kambing, Capricornis sumatrensis;
~ randuk menjadi ~ hitam ki orang yang dipersalahkan;
senyum(-senyum) ~ senyum sedikit;
seperti ~ putus tali (pergi, lari) dengan cepat;
~ keramat (peribahasa) orang yang ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya;
anak ~ tak akan jadi anak harimau (peribahasa) orang yang pengecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai);
bagai ~ dalam biduk (peribahasa) perihal orang yang ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa);
bagai ~ harga dua kupang = menggelinjang bagai ~ berulat (peribahasa) tidak senonoh perangainya, keanak-anakan;
bagai ~ diseret ke air = bagai ~ dimandikan pagi (peribahasa) perihal orang yang malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu;
bagai ~ dijunjung (peribahasa) jerit atau teriak orang yang sangat penakut;
bagai ~ lepas ke parak (peribahasa) dapat memilih apa sahaja pada tempat yang mewah dan lain-lain;
masuk kandang ~ mengembek, masuk kandang kerbau menguak (peribahasa) menyesuaikan diri dengan golongan yang dicampuri atau pada tempat seseorang itu berada;
menanti pelir ~ terputus (peribahasa) menantikan sesuatu yang mustahil sampainya;
seperti ~ dengan harimau (peribahasa) orang yang lemah bertanding dengan orang yang kuat;
seperti ~ dikuliti hidup-hidup (peribahasa) kesakitan yang amat sangat;
umpama ~ kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi (peribahasa) orang yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa.
kambing I
berkongsi