kalang I

galang, landasan, penyangga, ganjal (seperti bantal dan lain-lain), alas;
~ ayam tempat ayam bertenggek (tidur);
~ dada kayu (galah) yang diikat melintang (sebagai pelampung) pada perahu;
~ dara gelang-gelang (tali) yang mengikat andang-andang dengan tiang, kelendara;
~ ulu bantal kepala;
berlentang ~ [Kelantan] lintang-pukang (tidak teratur);
besar ~ penakut;
sempit ~ mudah marah;
terbalik ~ bertentangan pendapat;
tidak tentu ~ tumpuan, tidak tentu ~ batang (peribahasa) apabila marah semua orang digusari;
selapik seketiduran, sebantal se~ ulu (peribahasa) karib sekali (persahabatan);

berkalang bergalang, beralas, berbantal, berganjal:
(mati) ~ tanah [kiasan] mati;

mengalang menggalang, menjadikan berbantal (berlandasan dan lain-lain), mengalas, mengganjal;

mengalangkan menggalangkan, mengalaskan, mengganjalkan;
~ leher = ~ merih mempertaruhkan nyawa untuk menolong orang lain:
saya halangi engkau beristerikan Poniem, saya kalangkan leher saya, kerana saya tahu akan akibat yang akan kauhadapi;

memperkalang
1. menggunakan sebagai bantal (alas);

2. [kiasan] menjunjung tinggi;

terkalang tergalang, terganjal;
~ di mata, terasa di hati (peribahasa) tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dan lain-lain;
lidah ~ (peribahasa) tidak dapat membantah (menolak, menjawab, dan lain-lain) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dan lain-lain).

berkongsi