kaku

1. tidak boleh dilentur, kejang, kejur:
mayat itu sudah ~;
kerana sejuk, tangannya menjadi
~;
mulutnya ~ [kiasan] mulutnya tidak boleh dibuka atau berkata-kata;
~ lidah [kiasan] tidak dapat bercakap (berkata-kata) dengan lancar;

2. [kiasan] tidak kemas, janggal, canggung (berkenaan (dengan) gerak-geri dan sebagainya), tidak lancar (jalan bahasa dan lain-lain), tidak hidup (lukisan dan lain-lain):
plot cerpen ini dibuat-buat, wataknya ~ dan persoalan di dalamnya mendatar dan ringan sahaja;
gaya dan gerak-gerinya ~;
bahasanya ~;
lukisan itu ~;

kekakuan perihal atau keadaan kaku, kekejuran, kecanggungan.

berkongsi