1. barang yang ditenun daripada benang kapas dan lain-lain:
~ bulu kambing;
~ cita;
~ linen;
~ sutera;
~ kapur kain putih yang berkanji;
2. barang tenunan yang digunakan untuk pakaian atau untuk kegunaan lain;
~ baju pakaian (seperti seluar, baju, dan lain-lain):
~ basahan
a) kain yang dipakai sehari-hari;
b) kain yang dipakai pada masa mandi;
~ buruk kain (baju lama, tuala lama, dan sebagainya) yang digunakan untuk mengelap;
~ cadar (kain berbentuk segi empat bujur) untuk melapik tilam dan lain-lain);
~ dagang dalam kain samping yang dipakai di bawah baju kurung Teluk Belanga;
~ dagang luar kain samping yang dipakai di luar baju kurung Teluk Belanga;
~ kaca (Kejuruteraan) kain bersalut serbuk kaca yang digunakan untuk melicinkan atau menggilap sesuatu;
~ kembang payung kain yang dipotong serong dan kelihatan seperti payung kembangnya (apabila dipakai);
(mendapat) ~ kotor (cemar) datang haid;
~ lampin kain lembut (untuk membalut bayi atau anak kecil);
~ lurik kain yang ditenun dengan tangan (bukan dengan mesin di kilang);
~ sarung kain yang dijahitkan (dicantumkan) hujung dan pangkalnya dan dipakai untuk menutup tubuh dari pinggang ke bawah;
~ selimut kain untuk menutup tubuh semasa tidur;
~ tudung kain untuk menutup kepala;
~ basah kering di pinggang = ~ ditangkap maka duduk = ~ tak bertepi = ~ dibakar tiada berbau = seperti ~ buruk dibakar berbau (peribahasa) peri kemiskinan yang amat sangat;
~ dalam acar (di)kutip cuci, dia hendak masuk ke longkang juga (peribahasa) orang yang bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi;
~ jadi basahan (peribahasa) orang yang jatuh martabatnya atau orang kaya jatuh miskin;
~ lama dicampak buang, ~ baru pula dicari (peribahasa) isteri lama diceraikan kerana telah jemu, kemudian berkahwin baru pula;
~ sehelai berganti-ganti (peribahasa) perihal kemiskinan dua orang suami isteri;
~ sehelai peminggang habis (peribahasa) kehabisan harta kerana kecurian dan lain-lain;
laksana ~ putih (peribahasa) pekerti (orang yang lembut hati) yang dapat dipengaruhi orang;
mengalih ~ ke balik rumah, mengalih kata berhadapan (peribahasa) memutar perkataan (mungkir janji) mudah sahaja dilakukan;
se~ sebaju, selauk senasi, sebantal sekalang ulu, setikar seketiduran (peribahasa) tersangat erat atau rapat (berkenaan (dengan) persahabatan);
seperti ~ dalam lipatan (peribahasa) perihal perempuan yang pada zahirnya baik tetapi berbuat jahat dengan diam-diam;
seperti ~ khasah di atas duri (peribahasa) perihal penyakit (perkara) yang amat susah diubati (diselesaikan);
seperti berselimut ~ sehasta (peribahasa) tiada cukup (serba tanggung);
sudah tahu di ~ beragi (peribahasa) perihal orang susah yang mulai baik penghidupannya;
tak tahu akan ~ lagi = telah meraba-raba tepi ~ (peribahasa) perihal orang yang sakit payah;
berkain memakai kain;
~ dua sudah cukup umur atau akil baligh (berkenaan (dengan) anak perempuan);
(bagai) ~ tiga hasta (peribahasa) tiada cukup, serba tanggung;
~ tak cukup sebelit pinggang = tak ~ sehelai benang (peribahasa) sangat miskin.