kahwin

1. perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri, nikah;

2. = berkahwin mempunyai isteri (suami), beristeri atau bersuami:
hal itu sangat melukakan hatinya hingga ia memutuskan tak akan mahu ~;
dia sudah ~ dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya;

3. = berkahwin bernikah:
dia mahu ~ dengan gadis pilihannya sendiri;

4. [bahasa percakapan] bersetubuh, berjimak;
~ andar kahwin dengan tidak memberi apa-apa (membawa badan sahaja);
~ campuran kahwin antara dua orang yang berlainan bangsa (agama);
~ gantung nikah gantung;
~ kantor [Indonesia] pernikahan yang dijalankan di pejabat pendaftaran, pernikahan awam (tidak di hadapan kadi atau gereja dan sebagainya);
~ lari perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dengan wanita (biasanya suka sama suka) yang dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui oleh kaum keluarga:
alasannya, pernikahan Hazilimah dengan Mohd. Jidi itu kerana ~ lari dengan meninggalkan wali akrab serta bernikah di Selatan Thailand;
~-mawin

a) segala urusan kahwin;
b) pertalian keluarga kerana pernikahan;
~ paksa kahwin (perikatan suami isteri) yang berlaku atas paksaan atau desakan orang lain (tidak dengan sepenuh kerelaan pengantin lelaki atau perempuan);

mengahwini
1. berkahwin dengan, menjadikan isteri (suami):
Doris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur;
kerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya;

2. berjimak (bersetubuh) dengan;

mengahwinkan
1. menjadikan beristeri (bersuami), menikahkan, memperisterikan (mempersuamikan):
akhir tahun ini, ia hendak ~ anaknya;

2. menggabungkan (mencantumkan, menyatukan) dua unsur dan lain-lain yang berlainan:
beliau cuba ~ Barat dengan Islam dalam satu sistem;

perkahwinan
1. perihal berkahwin, pernikahan:
~ itu berlangsung dengan selamat;

2. pergabungan (perpaduan dan sebagainya) antara dua unsur dan lain-lain yang berlainan:
gaya penulisan kewartawanan baru yang merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dengan bukan fiksyen.

berkongsi