kacang I

sejenis tumbuhan dan buahnya;
~ arab = ~ bendi = ~ lendir sejenis tumbuhan (herba), Hibiscus esculentus; ~ belimbing = ~ botor = ~ kelisa = ~ kotor sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Psophocarpus tetragonolobus;
~ buncis
= ~ pendek sejenis tumbuhan (herba), Phaseolus vulgaris;
~ cina
sejenis tumbuhan (herba), Phaseolus lunatus;
~ goreng
= ~ cina = ~ jawa = ~ tanah sejenis tumbuhan (herba), Arachis hypogaea;
~ hantu

a) = ~ parang = ~ polong sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Canavalia ensiformis;
b) orang jahat;
~ hijau = ~ cindai = ~ padi sejenis tumbuhan (pokok renek), Phaseolus aureus;
~ kara
= ~ sepat sejenis tumbuhan (pokok), Dolichos lablab;
~ kayu

a) sejenis tumbuhan (pokok renek), Cajanus indicus;
b) = ~ riang-riang = ~ sekucuk sejenis tumbuhan (pokok), giring-giring, Crotalaria striata;
~ kelor
sejenis tumbuhan (pokok) emunggai, Moringga oleifera;
~ kota
sejenis tumbuhan (pokok), ketepeng hutan, Cassia occidentalis;
~ kuda
sejenis kacang yang agak bulat, berwarna kekuning-kuningan atau coklat muda, yang biasanya direbus untuk dimakan, Cicer arietinum; ~ laut
a) sejenis tumbuhan (herba), Vigna marina;
b) sejenis tumbuhan (pokok menjalar), Canavalia rosea;
~ miang

a) sejenis kacang yang gatal;
b) orang yang suka menghasut;
~ panjang = ~ merah = ~ perut ayam sejenis tumbuhan (pokok), Vigna sinensis;
~ putih
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Pisum sativum;
~ soya
sejenis tumbuhan (herba), Glycine max;
~ sepalit
= ~ puyuh sejenis tumbuhan (herba), Phaseolus calcaratus;
kuih ~
kuih kasturi, rengas;
~ lupakan kulitnya = panas hari, lupa ~ akan kulitnya (peribahasa) orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya dan lain-lain) setelah menikmati kesenangan dan lain-lain;
bagai ~ direbus satu (peribahasa) meloncat-loncat kerana kesukaan;
bagai ~ tengah dua bulan (peribahasa) [Minangkabau] sangat subur tubuh badannya (berkenaan (dengan) kanak-kanak);

kacang-kacang
a) sejenis tumbuhan (pokok renek), teruntum, Aegiceras corniculatum;
b) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau hutan, Pueraria phaseoloides;
akar ~

a) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak, Dichapetalum deflexifolium;
b) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar nyamuk, Agelaea vestita;

mengacang
1. membahagi-bahagi (barang yang diperoleh dan lain-lain);

2. berbuat sesuka hati atau semahu-mahunya (atas hak milik orang lain);

memperkacang menghabiskan (memboroskan) harta atau wang orang.

berkongsi