kaca I

1. bahan yang lut sinar atau lut cahaya biasanya keras dan rapuh, dibentuk dengan melakurkan pasir silika, oksida logam dan bahan-bahan lain, digunakan untuk membuat tingkap, cermin, dan lain-lain:
cermin muka dibuat daripada ~;

2. = ~ muka cermin (muka);

3. [kiasan] cermin, contoh, teladan:
keteguhan imannya boleh menjadi ~ bagi bangsanya;~ benggala cermin yang tebal (besar);
~ berliang kaca yang mengandungi liang halus yang digunakan dalam turas dan lain-lain;
~ borosilikat sejenis kaca yang tahan haba yang digunakan untuk membuat barangan kaca makmal;
~ gentian bahan yang diperbuat daripada campuran gentian kaca dengan resin sintetik, biasanya digunakan sebagai penebat dalam bangunan, untuk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta, dan sebagainya;
~ keselamatan kaca yang diolah supaya tidak pecah atau berkecai semasa terkena hentaman (mis kaca untuk cermin kereta);
~ mata
a) cermin mata;
b) penglihatan, (sudut) pandangan:
dari ~ mata seniman; ~ pembakar kanta cembung yang menumpukan sinar matahari untuk membakar;
~ pembesar(an) kanta kaca untuk membuat benda yang dilihat kelihatan besar;
bagai ~ terhempas ke batu (peribahasa) sangat sedih atau kecewa;

berkaca
1. menggunakan (memakai) kaca:
tingkap-tingkap itu ~;
~ mata
memakai kaca mata, bercermin mata;

2. = mengaca melihat muka (diri sendiri) dalam cermin, bercermin:
bersolek sambil ~;

3. = berkaca-kaca bersinar, berkilauan (berkenaan (dengan) mata, air dan lain-lain):
matanya ~ kembali;

memperkaca menyaksikan (menentukan, meyakinkan, melihat) sendiri.

berkongsi