lurus, terus, langsung, tegak;
berjurus-jurus bersambung-sambung, tidak henti-hentinya, terus-menerus:
Maskam ~ termenung pada malam itu;
menjurus mengarah, menuju (terus ke atau kepada), tertumpu kepada:
kita harus memilih aspek yang khusus supaya perbincangan kita ~ kepada satu arah sahaja;
menjuruskan mengarahkan, memajukan, mendorongkan (mendesak terus), menumpukan:
akibatnya mereka ~ semua nilai moral, estetika, dan keagamaan ke jurang cita rasa;
jurusan
1. arah, tujuan:
kapal terbang itu datang dari ~ Singapura;
mereka berjalan ke satu ~;
2. bahagian pengajian (ilmu pengetahuan):
dia mengambil kursus dalam ~ ekonomi;
sekolah aneka ~;
penjurusan proses menjuruskan (menjurus kepada) sesuatu (bidang, aliran fikiran, dan lain-lain):
~ dalam bidang agama.