berjumpa (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat):
mereka hendak ~ dengan Guru Besar;
menjumpai berjumpa dengan:
polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pembunuhan itu;
memperjumpakan mempertemukan;
terjumpa menjumpai sesuatu secara kebetulan (tidak sengaja):
kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil;
jumpaan
1. perihal menjumpai, penemuan;
2. benda yang dijumpai:
suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain;
perjumpaan perihal berkumpul atau berhimpun (dalam mesyuarat, majlis keramaian, dan sebagainya), pertemuan:
~ itu diadakan dalam suasana ramah-tamah;
penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai, penemuan.
berkongsi