julang

menjulang
1. mengangkat ke atas:
kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang;

2. mendukung (anak dan lain-lain) di atas bahu:
setibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya;

3. membumbung tinggi, meninggi:
api dari rumah yang terbakar itu ~ sehingga ke puncak atapnya;

4. [kiasan] menjunjung tinggi, menyanjung, amat menghormati:
Churchill seorang pemimpin yang dijulang tinggi oleh rakyat Inggeris;

julangan tolakan ke atas;

penjulang orang atau sesuatu yang menjulang:
~ baginda pun sudah bersedia;
kayu ~ yang diperbuat daripada kayu perian.

berkongsi