1. pemimpin dan pelerai di gelanggang sabung, juruadu;
~ ayam jurusabung (yang menjaga serta melatih) ayam;
2. orang yang memimpin sesuatu majlis jamuan dan lain-lain;
3. johan (dalam pertandingan dan lain-lain):
~ Piala Thomas;
~ anggar johan permainan anggar;
~ bersama pemenang yang menjadi johan bersama dengan pemenang lain (kerana kedua-duanya mendapat mata dan sebagainya yang sama);
~ bertahan = ~ menanti orang yang memegang sesuatu kejohanan dan kini bertanding untuk mempertahankan kejohanannya;
~ dikir [Kelantan] tukang karut dan tukang lagu dalam dikir barat;
4. ahli dalam sesuatu permainan dan lain-lain:
dia memang ~ fasal pakaian;
5. orang kedua penting dalam persembahan dikir barat yang tugasnya memulakan dikir barat dalam keadaan duduk dan diikuti oleh awak-awak;
adat ~ kalah menang (peribahasa) dalam setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi);
bersahabat dengan ~;
selilit benang bulang tahu juga (peribahasa) kalau bercampur dengan orang jahat akhirnya kita menjadi jahat pula;
menjuarai
1. menjadi juara, menjadi johan:
kali terakhir Malaysia ~ Piala Thomas ialah pada tahun 1992 di Kuala Lumpur;
2. memperjuangkan (mempertahankan, menyokong, dan sebagainya) dengan sesungguhnya:
terlampau ramai ahli politik yang terpaksa ~ kepentingan kaum sendiri;
dia pun telah menjadi pengusaha dan pedagang di samping mengaku menjadi orang politik yang seratus peratus ~ nasib rakyat;
kejuaraan
1. kehandalan (dalam sukan dan lain-lain), keunggulan;
2. pertandingan untuk menentukan johan, kejohanan:
pasukan Selangor telah memenangi ~ bola sepak Malaysia.