jual

[bahasa percakapan] = berjual, menjual;
~ lagak menunjuk-nunjukkan lagak, (berlagak) sombong;
~ mahal tidak mudah atau segera menerima atau menyetujui sesuatu;
~ murah
a) menjual barang dengan potongan harga yang banyak;
b) mudah atau lekas menerima atau menyetujui sesuatu;
harga ~ harga barang tertentu yang dijual;

berjual
1. mencari rezeki (nafkah, pendapatan, dan sebagainya) dengan memperniagakan sesuatu, berniaga:
di Taiping banyak orang yang ~ nasi di tepi jalan;

2. [Minangkabau] sudah (akan) dijual:
kain-kain tiada ~ lagi;

berjualan (berkenaan (dengan) beberapa atau ramai bilangan peniaga) berniaga, berdagang:
di situ ramai juga orang ~ ;

menjual menukar barang dengan wang (memberi barang untuk mendapat wang):
seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan dimintanya aku ~ buku tersebut kepadanya;
~ akad
menjual dengan perjanjian;
~ aksi [Indonesia] = ~ lagak (tampang) terlalu berlagak memperagakan diri;
~ bangsa mengkhianati bangsa dan negara sendiri;
~ bicara = ~ omong [Indonesia] pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa;
~ diri [bahasa percakapan] melacur;
~ kepala
a) membuat sesuatu hanya untuk faedah orang lain;
b) menjadi askar sewaan;
~ lepas = ~ mutlak menjual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi);
~ muka = ~ rupa mencari nafkah dengan menunjukkan rupa kepada orang ramai;
~ nama menggunakan nama orang untuk kepentingan sendiri dan lain-lain;
~ rugi menjual barang dengan menanggung rugi;
~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur dedap (peribahasa) percakapan yang tidak ada kebenarannya, omong kosong;
dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli (peribahasa) difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan;

menjuali acap kali menjual, banyak barang yang dijual;

menjualkan menjual sesuatu untuk orang lain:
jikalau nenek hendak ke dalam, tolonglah jualkan beta cincin ini;

terjual
1. sudah dijual:
semua barang dagangan di kedai itu habis ~;

2. sahaja hendak dijual;
~ terbeli (peribahasa) [Minangkabau] apa yang dikehendaki daripada orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri;

jualan
1. barang-barang yang dijual, dagangan:
hasil tanamannya adalah untuk ~;

2. berjualan;
~ garaj jualan barang-barang peribadi yang sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj);
~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dengan harga yang murah;
~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kepada pengguna;
~ lelong jualan sesuatu barangan dengan harga yang sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pelanggan;
~ murah jualan barang-barang dengan tawaran potongan harga yang agak banyak;
~ penghabisan stok jualan yang dilakukan untuk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dan sebagainya, biasanya dengan harga yang lebih murah daripada harga biasa;
~ singkat (Ekonomi) jualan saham yang dilakukan oleh penspekulasi untuk saham yang tidak dimilikinya bagi tujuan mendapatkan keuntungan;
~ tender jualan barang dan sebagainya dengan cara membuat tawaran harga;

penjualan
1. perbuatan (kerja) menjual:
ada kemungkinan ~ candu akan dihalalkan oleh kerajaan;

2. [Indonesia] tempat menjual:
~ karcis (garam dan lain-lain);

penjual orang yang menjual sesuatu:
~ akhbar;
~ bangsa
pengkhianat kepada nusa dan bangsa;
menteri ~ ark pegawai negeri yang diberi tugas menjual candu.

berkongsi