johan

1. [sastera lama] dunia, alam;

2. orang yang menang dalam pertandingan, juara;
~ arifin orang yang utama di antara cerdik pandai;
~ pahlawan pahlawan dunia, orang yang gagah berani;
~ tinju juara tinju;

kejohanan pertandingan dan sebagainya untuk menentukan johan, kejuaraan;
~ terbuka pertandingan untuk menentukan johan yang dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin bertanding;
~ tertutup pertandingan untuk menentukan johan yang penyertaannya dibataskan kepada petanding-petanding tertentu sahaja (misalnya kepada warganegara yang menganjurkan kejohanan).

berkongsi