1. cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros;
~ cermat = ingat ~ sangat cermat (dalam membelanjakan wang dan lain-lain);
2. ingat-ingat (berkenaan (dengan) pekerjaan dan lain-lain), hati-hati;
ingat sebelum kena, ~ sebelum habis (peribahasa) harus beringat-ingat sebelum terlambat;
berjimat, berjimat-jimat
1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu):
kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan;
2. berhati-hati (pekerjaan dan lain-lain);
~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dalam penggunaan wang dan lain-lain);
menjimatkan menghematkan, mengeluarkan dan lain-lain dengan cermat:
pada musim kemarau kita harus ~ air;
kejimatan sifat berjimat, sifat bercermat dalam penggunaan wang dan lain-lain;
penjimatan perihal (perbuatan dan sebagainya) berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu:
langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan akan juga menyumbangkan pembaikan dalam imbangan pembayaran negara;
penjimat orang yang jimat.