jilid

1. jahitan buku;
tukang ~ tukang yang menyusun serta menjahit lembaran kertas menjadi buku;
bahagian ~ bahagian dalam perusahaan percetakan tempat buku dijahit;

2. penggal atau bahagian buku:
~ kedua daripada buku sejarah itu masih belum terbit lagi;

berjilid disusun (dirangkai-rangkaikan) dan dijahit (kertas dijadikan buku);

berjilid-jilid beberapa jilid;

menjilid menyusun helaian-helaian (buku dan sebagainya) dan menjahitnya sehingga berbentuk buku dan sebagainya:
kami melihat pekerjaan mengatur huruf, memotong kertas, mengecap, dan ~ buku;

jilidan hasil daripada menjilid, gabungan helaian-helaian (buku dan sebagainya) yang dijahit sehingga berbentuk buku dan sebagainya;

penjilidan perbuatan (kerja-kerja) menjilid;

penjilid
1. tukang jilid;

2. sesuatu yang digunakan untuk menjilid:
mesin ~ buku;
gam ~ buku.

berkongsi