jerit I

jeritan;

menjerit
1. berteriak kuat-kuat, memekik:
pencuri itu mengugut hendak membunuhnya kalau ia ~;

2. mengeluh (kerana kesusahan, penderitaan, dan lain-lain);

terjerit-jerit menjerit berulang kali dan dengan tidak menentu, terpekik-pekik:
anak itu menangis ~;
~ bagai kucing biang
(peribahasa) perempuan yang tiada malu bercakap dengan suara keras.

jeritan
1. panggilan atau teriakan yang kuat (kerana kesukaran, kesakitan, ketakutan, dan lain-lain), teriakan, pekikan:
diperintahnya anak itu dengan ~;

2. keluh-kesah (kerana menderita sesuatu yang berat seperti kesakitan, kemiskinan, dan lain-lain):
mereka tidak mengendahkan ~ kaum ibu untuk kebebasan.

berkongsi