1. golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain) yang mempunyai sifat-sifat yang sama, bangsa:
tikus dan arnab termasuk ~ binatang yang mengerip;
2. = ~ kelamin sifat kelamin (laki-laki atau perempuan):
perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris mempunyai perbezaan ~ kelamin;
3. bagai, macam:
barang ini agak mahal harganya kerana daripada ~ yang baik;
berbagai-bagai ~ = serba ~ bermacam-macam;
4. kasta, golongan (dalam masyarakat dan lain-lain):
di Minangkabau terdapat orang yang tiga ~, iaitu malim, hulubalang, dan menteri;
berjenis [bahasa percakapan] elok (barang, perangai);
berjenis-jenis bermacam-macam, berbagai-bagai;
menjeniskan membahagi-bahagikan (menggolong-golongkan) menurut jenis;
penjenisan perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menjeniskan, pembahagian kepada beberapa jenis:
digambarkan dengan rajah pohon yang menunjukkan ~ struktur sintaksis.