menjelma
1. lahir (kembali):
orang Hindu percaya bahawa orang yang mati itu akan ~ balik;
2. masuk ke dalam (tubuh manusia, binatang, dan lain-lain):
jiwanya ~ dalam tubuh seekor kera;
3. muncul (di dalam hati, ingatan, dan lain-lain), timbul atau muncul (berkenaan (dengan) sesuatu kejadian dan lain-lain):
ada perasaan lain lebih dahulu yang ~ ke dalam hatinya;
wajah ibunya sedikit demi sedikit datang ~ ke dalam ingatannya;
kemakmuran ini menjadi latar kepada malapetaka yang akan ~;
4. berubah menjadi makhluk (benda) yang lain, bertukar bentuk (rupa dan lain-lain):
Krishna ~ menjadi Rama;
ulat ~ menjadi kupu-kupu;
menjelmakan ark
1. melahirkan sesuatu di dalam, memasukkan sesuatu ke dalam:
faham politiknya dijelmakan dalam novel-novelnya;
2. melahirkan, mewujudkan, mencipta (karya dan lain-lain):
penulis-penulis muda itu belum lagi dapat ~ suatu karya yang bermutu;
terjelma termasuk (ke dalam sesuatu), terlahir (di dalam sesuatu), tercipta, terwujud;
jelmaan sesuatu yang telah menjelma;
hasil daripada menjelma;
batu ~ (Geologi) sejenis batu yang telah berubah bentuknya (rupanya dan lain-lain) akibat kuasa matahari dan air serta udara dan lain-lain;
penjelmaan
1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yang terjadi daripada jiwa yang menjelma:
di dalam hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dalam ~;
2. perihal masuknya jiwa ke dalam (tubuh manusia, binatang, dan lain-lain);
3. (Biologi) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dan lain-lain) daripada sesuatu:
perubahan rupa mulai daripada telur menjadi serangga itu dipanggil ~;
4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dan lain-lain, pelaksanaan:
sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yang sangat merugikan kita;
5. ciptaan, karya, perwujudan cita-cita:
novelnya yang pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya.