1. terang (perkataan, pemandangan, dan lain-lain), tidak kabur (mengelirukan dan sebagainya), nyata:
suara itu tidak ~ pada pendengarannya;
keterangan yang diberikan itu tidak begitu ~;
2. habis, selesai, beres (pekerjaan, hutang, dan lain-lain):
dalam sehari boleh ~ pekerjaan ini;
hutangnya di kedai itu masih belum ~;
sejelas-jelasnya cukup jelas, amat jelas:
rancangan itu akan diterima oleh rakyat setelah penerangan yang ~ diberikan kepada mereka;
berjelas-jelas berterang-terang, tidak bersembunyi-sembunyi:
aku ini hendak ~ dahulu sebelum aku sampaikan amanat orang;
menjelasi [Minangkabau] meminta keterangan yang lebih jelas (lebih lanjut);
menjelaskan
1. menerangkan (lebih lanjut), menghuraikan (sehingga jelas), menyatakan (untuk memberikan penerangan):
seorang pegawai kerajaan ~ bahawa undang-undang yang baru diluluskan itu hanyalah untuk sementara waktu sahaja;
2. menyelesaikan (pekerjaan, pembayaran hutang, dan lain-lain), menghabiskan, membereskan:
dia sekarang bercermat-cermat kerana hendak ~ harga motokar itu;
memperjelas membuat lebih jelas:
kita akan ~ keadaan ini dengan memberi dua contoh;
kejelasan perihal (sifat, keadaan) jelas, nyatanya, terangnya:
~ imej pada keseluruhan skrin;
~ objektif untuk belajar;
~ amat penting bagi borang dan penerangan yang disertakan;
penjelasan
1. keterangan (yang lebih jelas), huraian:
Ali meminta ~ sebab-sebab perbuatan adiknya;
2. penyelesaian (pekerjaan, pembayaran hutang, dan lain-lain);
~ bank (Ekonomi) penyelesaian pembayaran cek dan lain-lain antara bank;
rumah ~ (Ekonomi) tempat menyelesaikan pembayaran cek dan lain-lain antara bank;
penjelas
1. orang yang menjelaskan;
2. benda untuk menjelaskan (hutang dan lain-lain):
wang ~ hutang.