1. luka sedikit, lecet, relas:
jangankan terbelah, ~ pun tidak;
2. = berjejas rosak (punah, haus, binasa) pada barang seperti kain baju dan lain-lain, menunjukkan tanda atau kesan kerosakan:
baju awak ini sudah lama, tetapi tidak juga ~;
menjejaskan
1. melukakan, merosakkan:
tidak seorang lelaki pun yang pernah ~ hatinya;
2. mendatangkan (meninggalkan) kesan tidak baik pada, merosakkan:
peristiwa itu tidak sedikit pun ~ perhubungan mereka;
terjejas (sudah) jejas, mengalami kesan tidak baik:
mungkin disebabkan keyakinan itu, rumah tangga mereka teguh, tak ~ walaupun telah 29 tahun mereka bersama;
jejasan perihal jejas (luka dan lain-lain);
penjejasan perihal menjejaskan:
dengan ~ itu, keamanan dan kedamaian telah hilang.