jawab

balasan yang diucapkan apabila dipanggil (disoal dan sebagainya), sahut;
soal ~ pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dan sebagainya);

berjawab ada jawabnya, berbalas, disahuti:
pertanyaannya masih belum ~ lagi;

menjawab membalas (surat, pertanyaan, dan lain-lain), menyahuti:
dia tidak ~ sepatah pun;

terjawab dapat dijawab;
tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya;

jawaban, jawapan
1. jawab, balas(an):
sebahagian daripada ~nya dapat kamu teka;

2. sesuatu yang dituliskan sebagai penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dalam ujian bertulis): sila berikan ~ yang tepat kepada soalan-soalan yang berikut;

penjawab orang yang menjawab: sepuluh soalan yang meminta ~ mengenal jenis-jenis kata.

berkongsi