jasad

1. tubuh atau badan (manusia) yang wujud (sebagai lawan roh):
hanya ~nya di sini, tetapi fikirannya melayang teringatkan anak isterinya di kampung;

2. [Arab] tubuh atau badan yang tidak bernyawa lagi:
~nya terbujur di perbaringan;

3. (Fizik) sesuatu yang wujud yang boleh dipegang atau dilihat:
meteoroid ialah ~ kecil di angkasa lepas;~ hitam (Fizik) objek hipotetikal yang dapat menyerap semua haba atau sinaran cahaya yang mengenainya;
~ renik [arkaik] benda hidup yang kecil-kecil;
~ samawi objek di langit di sebelah luar lapisan atmosfera bumi, iaitu matahari, bulan, bintang, planet dan satelit masing-masing, meteor, komet, nebula dan galaksi luar yang dapat dicerap.

berkongsi