janji

1. pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu:
engkau mesti menepati ~ yang kau buat dahulu;
dalam ~
bertunangan;
menepati ~ membuat (menunaikan) apa yang telah dijanjikan;
mengikat ~ membuat janji;
pecah ~ tidak dapat menepati janji, memungkiri janji;
sampai ~ dapat menepati (menunaikan) janji;

2. syarat, ketentuan, tuntutan;
dengan ~ dengan syarat;

3. pengunduran waktu, tangguh, penundaan:
kalau awak tidak berkeberatan, saya meminta ~ empat bulan untuk membayar hutang awak itu;

4. ajal, had, waktu;
sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya, mati;
~ kosong janji yang dibuat tetapi tidak pernah ditunaikan;
~ manis janji yang mengandungi harapan yang indah-indah;
~ palsu janji yang hanya bertujuan untuk memperdayakan, mengelirukan atau menipu orang;
~ temu janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dan sebagainya;
~ sampai bilangan genap = ~ sampai sukatan penuh (peribahasa) sudah sampai ajal;
adat diisi, ~ dilabuh (peribahasa) mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah dibiasakan (diadatkan);

berjanji membuat (mengikat) janji:
dia ~ akan datang ke rumah saya;

menjanjikan
1. berjanji untuk memberi (membuat dan sebagainya) sesuatu:
bapanya ~ satu hadiah istimewa jika dia lulus dalam peperiksaan itu;

2. memberikan jangkaan atau harapan akan berlakunya (terdapatnya dan sebagainya) sesuatu, membuka kemungkinan kepada:
jambatan yang merentangi Sungai Sarawak ~ pembangunan yang lebih pesat;
Revolusi Hijau ~ harapan kepada petani;

memperjanjikan [arkaik] menjanjikan;

perjanjian
1. persetujuan yang dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan:
Malaysia telah menandatangani satu ~ perdagangan dengan Korea Selatan;
~ jual beli;
~ program
persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dan sebagainya dengan pihak yang mempunyai kuasa untuk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dan sebagainya) mengikut jumlah peruntukan yang diluluskan;

2. [Indonesia] wasiat (kitab suci);
Kitab P~ Lama Kitab Taurat;
Kitab P~ Baru Kitab Injil.

berkongsi