jangkit

berjangkit, menjangkit
1. berpindah daripada seorang kepada seorang, menular, merebak:
penyakit itu telah ~ ke kampung ini;

2. mengikut (tabiat, perangai, dan lain-lain):
tabiat itu telah ~ kepada anaknya;

berjangkitan dijangkiti (penyakit, perangai, dan lain-lain);

keberjangkitan perihal berjangkit;

menjangkiti menulari, merebak kepada:
kami tidak mahu membiarkan kerja-kerja maksiat berlanjutan dan ~ orang ramai;

menjangkitkan menularkan, merebakkan:
~ penyakit dengan jalan menyuntik;

terjangkit dihinggapi penyakit dan sebagainya, dijangkiti, kejangkitan:
umbai yang ~ oleh kuman umpamanya, boleh menimbulkan suatu keadaan yang diketahui sebagai radang umbai;

jangkitan kejadian (penyakit dan sebagainya) berjangkit;

kejangkitan dihinggapi penyakit (yang berjangkit), ketularan:
dia takut ~ penyakit itu kalau bergaul dengan mereka yang berpenyakit;

penjangkitan perihal (perbuatan, proses, dan sebagainya) menjangkit:
~ penyakit itu tidak berhasil;
sudah cukup untuk menyebabkan ~ yang parah hingga boleh merugikan petani;

perjangkitan perihal berjangkit;

penjangkit yang menyebabkan berlakunya jangkitan, yang menyebabkan penjangkitan:
nyamuk-nyamuk ~ penyakit ini mempunyai tempat biak yang tersendiri.

berkongsi