jangkau

menjangkau
1. menghulurkan tangan untuk mencapai sesuatu:
dia ~ wang itu lalu memasukkannya ke dalam kocek;
~ langit
sangat tinggi (bangunan, menara, dan lain-lain);

2. [kiasan] mencapai, mencakupi;
~ sehabis tangan (peribahasa) berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mencapai maksudnya);

terjangkau
1. tercapai atau dapat (apabila dijangkau);

2. tertafsir:
dia cuba mencapai kebahagiaan yang ketinggiannya tidak ~ oleh pemahaman;

jangkauan
1. hasil atau gerakan menjangkau:
ia mengelakkan beg suratnya daripada ~ orang itu;

2. cakupan:
~ Islam tidak terbatas kepada alam kebendaan sahaja;

penjangkauan perbuatan menjangkau;

sejangkauan, sepenjangkauan sejauh dapat dijangkau dengan tangan, jengkau, jingkau.

berkongsi