jangan

kata larangan yang menyatakan tidak boleh …, hendaknya tidak, usah:
kalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang;
~ dikata lagi
usah dikatakan lagi;
~ dok tebiang [Kedah] ungkapan bagi melarang seseorang membuat sesuatu kerja;
~ tidak
a) mesti, tidak boleh tidak;
b) tidak dengan sepenuh hati (membuat sesuatu pekerjaan dan sebagainya), acuh tak acuh;

jangan-jangan entah-entah, entahkan, barangkali:
~ dia dah lari;
~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti;

jangankan usahkan:
~ hendak makan, minum pun dia tak mahu;

menjangankan [arkaik] menegah, melarang.

berkongsi