orang perempuan yang pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian;
~ belum berlaki [kiasan] gadis yang telah dinodai orang dan kemudian ditinggalkan;
~ berhias
a) janda yang belum mempunyai anak;
b) (pengantin) perempuan yang kematian (bercerai dengan) suaminya sebelum berseketiduran dengannya;
~ kepulangan minuman yang dibuat daripada kelapa muda;
~ muda janda yang masih muda;
~ sehari perempuan yang berkahwin beberapa hari sahaja lalu bercerai dengan suaminya;
laksana ~ baru bangun tidur (peribahasa) perempuan yang sangat menarik hati orang laki-laki;
seperti ~ belum berlaki (peribahasa) orang yang pesolek lagi pemalu;
berjanda sudah bercerai (menjadi janda), hidup sebagai janda;
sudah tujuh duduk ~, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi (peribahasa) ejekan terhadap orang tua yang hendak berkahwin lagi;
menjanda menjadi janda, hidup sebagai janda (tidak berkahwin lagi):
Lah akan ~ sampai ke mati;
kejandaan keadaan menjanda.