jambatan
1. titi yang besar (yang dibuat daripada kayu atau batu) untuk lalu lintas menyeberangi sungai, jalan kereta api dan lain-lain;
2. [kiasan] penghubung, perantara:
peranan saya ialah sebagai ~ untuk menghubungkan kesarjanaan saya dengan dunia politik saudara;
~ angkat-angkat = ~ jungkatan [Indonesia] jambatan yang boleh dinaikkan dan diturunkan;
~ gantung jambatan yang hanya menggunakan tali untuk menyambung kedua-dua tebing;
~ pelampung jambatan yang terapung di atas air;
~ timbang sejenis mesin yang pelantarnya dipasang pada permukaan jalan untuk menimbang kenderaan;
~ udara jambatan automatik dan tertutup seperti terowong yang menghubungkan kapal terbang dengan bangunan terminal untuk memberi kemudahan penumpang keluar masuk dari kapal terbang ke dalam terminal;
menjambatani
1. membuat jambatan;
2. menjadi perantara (penghubung).