jam

1. sejenis alat untuk menunjukkan (mengukur) waktu;

2. = satu ~ waktu yang lamanya 60 minit atau 1/24 hari;

3. tanda waktu, pukul:
dia tiba di pejabat sebelum ~ lapan pagi;

4. ketika, saat, waktu:
~ orang hendak berangkat ~ itulah engkau hendak mandi;
~ bicara
waktu yang ditetapkan untuk menerima tetamu;
~ dalaman (Komputer) peranti atau isyarat denyut yang digunakan untuk penyegerakan atau pembilangan dalam sistem komputer;
~ digital (Komputer)
a) deretan isyarat berdenyut yang dijanakan dalam sistem digital sebagai isyarat rujukan untuk menyegerakkan sistem;
b) penyata waktu yang memaparkan nilai waktu dalam bentuk digital;
~ dinding sejenis jam yang digantungkan di dinding;
~ induk (Komputer)
a) sejenis peranti elektronik yang menjanakan isyarat masa untuk digunakan sebagai rujukan bagi semua pengendalian komputer yang segerak;
b) isyarat masa yang digunakan sebagai rujukan utama bagi semua pengendalian komputer atau sistem segerak;
~ kawalan (Komputer) jam elektronik dalam perkakasan sistem yang digunakan oleh sistem tersebut untuk menentukan masa pengaliran suruhan dan data;
~ kerja masa yang ditentukan untuk bekerja, waktu kerja;
~ kuarza jam yang berfungsi dengan menggunakan getaran hablur kuarza yang dikawal oleh mikrolitar;
~ loceng jam berloceng yang boleh berbunyi pada waktu yang ditetapkan;
~ luaran (Komputer) peranti atau isyarat denyut yang digunakan untuk penyegerakan atau pembilangan di luar sistem utama komputer;
~ masa nyata (Komputer)
a) peranti jam yang menjanakan masa yang nilainya sama dengan masa sebenar (berbanding dengan masa khayalan yang bermula apabila komputer dihidupkan atau berdasarkan masa yang ditentukan oleh atur cara);
b) isyarat jam yang ditentukan oleh masa sebenar;
~ matahari sejenis peranti (digunakan pada masa dahulu) yang menunjukkan waktu dengan bayangan sesuatu yang terhasil daripada pancaran matahari;
~ pasir alat mengukur waktu dengan menggunakan pasir;
~ pelajaran waktu yang ditentukan untuk memberi pelajaran;
~ penggera jam yang mempunyai peranti yang berbunyi apabila sampai pada waktu yang ditetapkan;
~ randik = ~ detik jam untuk mengukur dengan detik;
~ saku sejenis jam yang diletakkan di dalam saku;
~ tangan sejenis jam yang dipakai di tangan;

berjam-jam beberapa jam berturut-turut:
~ dia menunggu kawannya.

berkongsi