jalan

1. tempat lalu lintas (untuk orang, kenderaan, dan lain-lain): belanja membuat ~;

2. tempat yang harus dilalui atau dilintasi supaya sampai ke tempat (ruang) tertentu, laluan:
tolong tunjukkan ~ ke rumah datuk penghulu;
~ laut
laluan yang diikuti di laut untuk pergi ke sesuatu tempat;

3. gerakan (kereta, enjin, dan lain-lain):
kereta itu sangat laju ~nya;
jam itu cepat ~nya;

4. perkembangan sesuatu peristiwa (cerita, perundingan, dan lain-lain):
~ cerita;

5. cara, ikhtiar, usaha:
semua ~ untuk mencapai perdamaian telah pun difikirkan;
itulah ~ yang baik sekali untuk kamu;
mencari ~
berikhtiar, berusaha;

6. [bahasa percakapan] dapat diterima (atau dipakai), laku, berhasil:
temberang engkau itu tak ~ di sini;

7. [Indonesia] perangai, tingkah laku;

8. [bahasa percakapan] berangkat, pergi (meninggalkan sesuatu tempat):
selamat ~;
~ bahasa
cara penggunaan bahasa yang khas dalam sesuatu bahasa;
~ belakang
a) jalan masuk melalui pintu belakang;
b) [kiasan] cara melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditentukan;
~ buntu
a) jalan yang tidak bersambung lagi;
b) = menemui ~ buntu terhenti (mesyuarat dan lain-lain) kerana tidak ada kata sepakat, kandas;
~ cagak (tiga, empat, dan lain-lain) jalan yang bercabang (tiga, empat, dan lain-lain);
~ damai cara (ikhtiar) mencapai perdamaian;
~ enam tahun belum genap enam tahun;
~ fikiran cara pemikiran;
~ jajahan [Indonesia] jalan kecil, lorong;
~ keluar
a) jalan untuk keluar (dari sesuatu tempat);
b) cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara (masalah dan lain-lain);
~ kereta api landasan kereta api;
~ masuk jalan untuk masuk ke sesuatu tempat atau kawasan;
~ mati jalan yang tidak digunakan lagi;
~ memintas = ~ rentas jalan potong (yang lebih pendek) yang merentasi atau memintas sesuatu kawasan;
~ nafas rongga tempat nafas keluar masuk;
~ pengajaran cara menyusun dan memberikan pelajaran;
~ raya jalan besar;
~ samping
a) jalan kecil yang selari dengan jalan besar;
b) jalan di tepi rumah;
~ sehala jalan yang boleh dilalui kenderaan yang bergerak satu hala sahaja;
~ serap jalan kecil yang hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui);
~ serong
a) jalan bengkok;
b) niat jahat;
c) perbuatan yang tidak baik;
~ simpangan jalan yang menyimpang dari jalan besar;
~ simpang tiga (empat) jalan yang bersimpang tiga (empat);
~ susur jalan raya kecil yang agak selari dengan jalan raya utama untuk menuju ke kawasan perumahan, kompleks, kedai dan sebagainya;
~ tengah
a) jalan yang terletak di tengah;
b) keputusan (pendapat) yang diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yang berbeza;
~ tikus jalan yang kecil (yang terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan);
~ umum jalan untuk semua orang dan kenderaan;
~ diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas (peribahasa) adat istiadat dalam suatu negeri diubah oleh orang asing yang menempat di situ (suatu keaiban);
~ di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak (peribahasa) kalau merantau di negeri orang hendaklah bersopan santun;
~ mati lagi dicuba, inikan pula ~ binasa (peribahasa) orang yang berani itu tidak membilang lawan atau memilih perbuatan;
~ raya titian batu (peribahasa) adat atau aturan yang telah lazim dari dahulu dan belum berubah-ubah;
~ seperti orang berak di tengah ~ (peribahasa) sindiran kepada orang yang pemalu;
sedepa ~ ke muka, setelempap ~ ke belakang (peribahasa) hal orang yang maju ke muka untuk mencapai cita-citanya;
seiring bertukar ~ (peribahasa) mempunyai haluan (tujuan) yang berbeza;
sekali ~ terkena, dua kali ~ tahu (peribahasa) seorang hanya boleh ditipu sekali sahaja;
sesat di hujung ~ balik ke pangkal ~ (peribahasa) kalau berbuat salah pada peringkat akhir hendaklah disusul kembali kepada asalnya;

sejalan
1. sama arah (tujuan, pemikiran, dan lain-lain):
hujah mereka ~ dengan hujah kami;

2. berkenaan garisan selari, sejajar;
dua garisan ~ dua garisan yang sejajar;
saudara ~ jadi saudara seibu;

berjalan
1. bergerak (ke depan dan lain-lain) dengan kaki:
setelah diberi isyarat kanak-kanak itu pun mulai ~;

2. bergerak dari satu tempat ke tempat lain:
kereta api itu ~ dengan lajunya menuju ke pelabuhan;

3. berangkat, pergi (menuju) ke: … baiklah engkau bawa sedikit bekalan sebab engkau hendak ~ jauh;

4. berlangsung, berlaku, terjadi:
persidangan itu ~ dengan lancarnya;
peraduan itu akan ~ selama tiga bulan;
~ darat
pergi ikut jalan darat (tidak ikut jalan laut atau udara);
~ kaki berjalan dengan tidak menggunakan kenderaan dan lain-lain;
~ serong (bersikap) tidak jujur;
~ dari pintu belakang (peribahasa) tidak mengikut peraturan yang ditentukan, tidak jujur;
~ jauh banyak dilihat (peribahasa) orang yang banyak merantau akan mendapat banyak pengalaman;
~ peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah = ~ selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan (peribahasa) dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah senantiasa berhati-hati;
~ sampai ke batas, belayar sampai ke pulau (peribahasa) hendaklah mengerjakan sesuatu pekerjaan itu hingga selesai;

berjalan-jalan
1. bersiar-siar makan angin dengan berjalan kaki:
Ali pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu;

2. melancong:
setiap musim cuti, mereka pergi ~ ;

menjalani mengalami, melalui:
dia telah ~ satu pembedahan;

menjalankan
1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dan lain-lain):
dia cuba ~ kereta itu tetapi tidak berjaya;
sesudah ayahnya meninggal, Alilah yang ~ perusahaan itu;

2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan:
Pak Leman tidak berasa susah atau berat untuk ~ tugasnya sebagai seorang penarik beca;

terjalan dapat berjalan:
dia keletihan dan tidak ~ lagi;

jalanan [bahasa percakapan]

1. jalan, lorong;

2. dalam perjalanan;

perjalanan
1. perihal berjalan (bergerak), gerakan:
dia bertanggungjawab atas ~ pejabat;
bertanggungjawab mentadbir ~ koperasi;

2. = kejalanan [arkaik] perihal berpergian (kepergian):
ibunya meninggal dalam ~ ke Mekah;

3. pengaliran:
kotoran menghalang ~ minyak itu;

penjalan ark(orang) yang menjalankan (kereta, perintah, dan lain-lain):
~ kereta kuda itu ialah seorang tua yang berjanggut;
orang yang suka berjalan;

pejalan;
~ kaki orang yang berjalan kaki (di jalan raya dan sebagainya):
masih banyak ~ kaki yang tidak mematuhi peraturan ketika menyeberangi jalan.

berkongsi