jahanam

[Arab]

1. = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yang tidak mengikut perintah Allah menerima hukumannya:
orang yang tidak mengikut perintah Allah akan dimasukkan ke dalam neraka ~;

2. orang yang jahat lagi terkutuk:
kau boleh pergi dari sini ~ ;

3. rosak:
jam itu telah~;

menjahanamkan
1. membinasakan, memusnahkan:
bom yang digugurkan telah ~ beberapa buah bangunan;

2. merosakkan:
mereka dilarang ~ barang-barang mainan itu;

3. meruntuhkan:
kita tidak seharusnya ~ rumah tangga orang lain;

4. mengutuk, menyerapah;

penjahanam orang yang menjahanamkan sesuatu (harta benda, kehidupan orang lain dan sebagainya), pemusnah:
ada antara mereka yang bermuka-muka sebagai pembela rakyat, tetapi sebenarnya ~ dalam serba hal.

berkongsi