jaga

1. dalam keadaan tidak tidur atau sudah bangun (daripada tidur):
kanak-kanak itu masih ~;
semalam suntuk saya ~;

2. kawal, awasi (supaya sesuatu tidak hilang dan lain-lain):
Ali, engkau ~ baik-baik barang itu! ~ malam berkawal (pada waktu malam);
rumah ~ rumah tempat orang berkawal;
wang ~ [Indonesia] wang cadangan (wang yang disimpan untuk digunakan apabila kekurangan wang dan sebagainya);

3. orang yang berkawal (mengawas):
seorang ~ tercegat di depan bank itu;
~ kereta
[bahasa percakapan] atendan letak kereta;

berjaga
1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dan sebagainya):
Ahmad ~ hingga ke pagi;

2. berawas:
pihak polis sedang ~ di kawasan perompakan itu;

berjaga-jaga
1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dan lain-lain), merayakan (perkahwinan dan lain-lain) beberapa hari berturut-turut:
maka raja pun mulai ~ akan mengahwinkan anakanda baginda dengan tuan puteri itu;

2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas:
mereka ~ apabila melalui titi yang sempit itu;

menjaga
1. mengawal, mengawas:
Parlimen ~ dan mengawal bagaimana wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan;
tembok itu dibina untuk ~ bahaya bah;

2. memelihara, membela, mengasuh:
dia ~ ketiga-tiga orang anaknya;

3. memberi perhatian kepada, memelihara:
tiap-tiap orang patut ~ kesihatan dirinya sendiri;

4. berikhtiar atau berusaha (supaya):
kita mestilah ~ bersungguh-sungguh supaya perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi;

menjagakan membangunkan (daripada tidur), menggerakkan:
ibu ~nya pada pukul enam pagi;

terjaga
1. terbangun atau tersedar (daripada tidur):
dia ~ daripada tidur kerana bunyi bising itu;

2. terkawal, terpelihara:
setiap tutur katanya ~ ;

jagaan
1. pengawasan, kawalan:
orang itu masih dalam ~ polis;

2. peliharaan, belaan:
budak itu di bawah ~nya;

kejaga-jagaan tidak dapat tidur semalam suntuk;

penjagaan hal atau perbuatan menjaga;

penjaga
1. orang yang mengawas (mengawal, memberi perlindungan, dan lain-lain):
sekolah itu sudah dibuka oleh ~nya;

2. penunggu, hantu (atau makhluk halus) yang menunggu sesuatu tempat (seperti pohon, batu, sungai, dan lain-lain):
orang kampung itu percaya bahawa pohon besar itu ada ~nya;

3. orang yang sangat cermat (berhati-hati);

4. [arkaik] wang jaga-jaga.

berkongsi