jadi I

1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan sesuatu, berlangsung:
Ali ~ pergi ke Ipoh;

2. berhasil, berjaya:
akhirnya ~ juga pekerjaan itu;

3. selesai (dikerjakan);
tidak ~ gagal, tidak berhasil;

4. lahir, dilahirkan;
hari ~
a) hari dilahirkan;
b) [Indonesia] hari natal (Krismas);
sejalan ~ saudara seibu;
semula ~ sejak lahir (berkenaan (dengan) bakat dan lain-lain);

5. = jadinya kerananya, kerana itu:
ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang;

6. = jadilah (ber)setuju:
dia ~ hendak membeli tanah itu dengan harga yang ditetapkan;
kalau begitu, ~;

7. bertukar kepada:
sepatutnya boleh sampai ke rumah dalam masa setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam;

8. sudah siap (dibuat), sudah selesai:
baju yang sudah ~ ;
boleh ~
mungkin, barangkali;
~ alas cakap = ~ pelapik kaki (peribahasa) hadiah (sagu hati) yang diberi kepada seseorang yang telah berjasa;
~ air mandi (peribahasa) perkara yang sudah menjadi kebiasaan;
~ bapa kuda (peribahasa) orang lelaki yang suka berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu pekerjaan;
~ bumi langit (peribahasa) orang yang sangat diharapkan;
~ dinding lasak peti manian (peribahasa) orang yang menjadi harapan raja;
~ kuda beban (peribahasa) orang suruhan;
~ penghubung kaki tangan = ~ penghubung mata telinga (peribahasa) tempat harapan yang selalu memberi pertolongan;
~ penghubung hujung lidah (mulut) (peribahasa) orang yang menyampaikan pesanan seseorang;
~ teluk olakan air (peribahasa) perdebatan yang hanya berkisar pada satu masalah;
lubuk ~ pantai, pantai ~ lubuk (peribahasa) nasib manusia itu tidak tetap, adakalanya senang, adakalanya susah;

sejadinya asalnya (semula jadi):
akal manusia dengan keadaan ~ mengandungi sebahagian daripada makrifat semula jadi;

sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuatnya, sekeras-kerasnya:
berteriak ~ ;

menjadi
1. untuk dikenali (diiktiraf, dianggap, dan lain-lain) sebagai, untuk memegang jawatan (peranan dan lain-lain) sebagai:
dia terpilih ~ ratu kebaya;
dilantik ~ pengerusi jawatankuasa;

2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dan lain-lain) sebagai:
dialah yang ~ ketua dalam kumpulan itu;

3. bertukar atau beralih kepada sesuatu keadaan (bentuk dan lain-lain):
tempat yang kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu;
air yang tadinya jernih, kini ~ keruh;

4. berjaya seperti yang diharap-harapkan:
dia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank;

5. menjelma sebagai;

menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tambah (banyak, besar, hebat, keras, dan lain-lain):
setelah kena hujan demamnya ~;

menjadikan
1. membuat:
mereka bersorak-sorak, ~ suasana hingar bingar;

2. menyebabkan:
kelakuan beginilah yang selalu ~ orang tua kamu susah;

3. menimbulkan:
kelewatan penyanyi itu telah ~ keadaan huru-hara;

4. mencipta, mewujudkan:
Tuhanlah yang ~ alam semesta ini;

5. mengangkat (memilih) sebagai:
majikannya telah ~nya pengawas perusahaan itu;

terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dan lain-lain):
kebakaran itu ~ disebabkan oleh kerosakan elektrik;
~ daripada
[Indonesia] terdiri (terbentuk) daripada:
bahan itu ~ daripada beberapa unsur;

jadi-jadian, jadian
1. manusia yang boleh mengubah dirinya menjadi binatang (terutamanya harimau):
harimau ~;
ilmu ~
ilmu yang membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dan lain-lain;

2. nampak tidak seperti yang sebenarnya:
bunga ~;

kejadian
1. perkara yang berlaku, peristiwa:
polis telah menyiasat ~ itu;

2. perihal terjadinya atau dijadikan, kelahiran:
~ langit dan bumi;
ilmu ~
pengetahuan untuk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan;

3. [Indonesia] (sudah) berlaku, terjadi:
hal itu boleh ~ pada setiap orang;
hal-hal yang ~ di merata tempat;

penjadian perihal (proses) menjadikan, penciptaan, pewujudan;

penjadi [arkaik] orang dan lain-lain yang membuat (menjadikan) sesuatu.

berkongsi