sejabat sepekerjaan:
teman ~;
berjabat = berjabat tangan;
menjabat
1.= menjabat tangan memegang;
2. [Indonesia] memegang sesuatu pekerjaan, menjawat:
Ali ~ pekerjaan itu selama dua tahun;
jabatan
1. bahagian daripada pentadbiran kerajaan dan lain-lain yang mengurus tugas-tugas tertentu:
J~ Perhutanan;
J~ Pengajian Melayu di Universiti Malaya;
2. [Indonesia] kedudukan rasmi (dalam pemerintahan, pentadbiran, organisasi, dan lain-lain) jawatan:
menteri itu telah meletakkan ~nya;
3. [Indonesia] tugas (dalam ilmu kaji hayat, tatabahasa, dan ilmu hisab), fungsi:
imbuhan mempunyai ~ tertentu dalam tatabahasa;
berjabatan [Indonesia] mempunyai (memegang) jawatan, berjawatan;
penjabatan jabatan;
penjabat [Indonesia]
1. pegawai dan lain-lain yang memegang sesuatu jawatan, pemegang jawatan;
2. orang yang mengerjakan pekerjaan (atau memegang jawatan) orang lain buat sementara, pemangku (sesuatu jawatan);
pejabat
1. bangunan (ruang, bilik, dan sebagainya) tempat bekerja atau tempat diselenggarakan pelbagai urusan:
~ syarikat itu di tingkat tiga bangunan tersebut;
~ pos;
budak ~ penyelenggara pejabat, peon;
ibu ~ pusat pentadbiran (kerajaan, perusahaan, pertubuhan, dan lain-lain);
2. [Indonesia] jabatan;
3. [Indonesia] pegawai kerajaan yang memegang jawatan penting, pemegang jawatan, penjabat.