sejenis binatang yang lebih kecil daripada angsa, bebek;
~ manila = ~ mandarin, Aix galericulata;
~ nila = ~ surati itik ternakan Cairina moschata;
~ air = ~ berkek = ~ laut belibis (burung belebas);
~ berenang dalam air (di laut) mati kehausan (peribahasa) menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi;
~ bertaji (peribahasa) orang yang sangat penakut tetapi sombong;
~ tak sudu, ayam tak patuk (peribahasa) sesuatu yang tidak berguna sama sekali;
bagai ~ berebuntukan tembolok (peribahasa) perbantahan kerana sebab yang terlalu kecil;
bagai ~ pulang petang (peribahasa) (berjalan) sangat lambat;
mengajar ~ berenang (peribahasa) perihal membuat pekerjaan yang sia-sia;
perkataan mengekor ~ jantan (peribahasa) perkataan yang menyindir (sombong);
seperti ~ mendengar guntur (peribahasa) mengharapkan keuntungan yang tidak tentu datang;
tak ada ~ yang bertenger (peribahasa) perkara yang mustahil.
itik
berkongsi