1. [bahasa halus] perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada seseorang lelaki, bini:
upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan;
laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama;
2. perempuan yang sudah berkahwin, wanita:
kaum ~;
~ muda isteri yang terkemudian dikahwini;
~ tua isteri yang terdahulu dikahwini;
beristeri
1. mempunyai isteri, berbini:
bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;
2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini:
dia sudah ~;
beristerikan mempunyai seseorang sebagai isteri;
memperisteri mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini:
setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda;
memperisterikan memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki):
bila anaknya telah galak lalu diperistikanlah dengan tidak usul lagi.