agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW;
masuk ~ menjadi orang yang beragama Islam;
orang (umat) ~ orang (umat) yang beragama Islam;
rukun ~ teras yang terdiri daripada lima perkara yang wajib diamalkan oleh setiap umat Islam.
~ baka
a) Islam kerana keturunan;
b) orang Islam yang tidak patuh kepada agama;
mengislamkan
1. memasukkan seseorang ke dalam agama Islam, menjadikan beragama Islam:
orang Perlak itu pun diislamkan oleh Fakir Muhammad;
2. mengkhatankan, menyunatkan:
ia hendak ~ anak sulungnya;
3. menjadikan patuh kepada atau menyesuaikan dengan ajaran (ciri-ciri dan sebagainya) agama Islam;
keislaman hal atau keadaan yang berkaitan dengan Islam:
semangat kita haruslah semangat ~;
pengislaman perbuatan mengislamkan seseorang:
upacara ~ beramai-ramai.