1. benda yang diisi(kan);
2. ruang yang boleh diisi(kan), muatan, kapasiti;
surat ~ borang;
perisian = ~ komputer program atau atur cara komputer yang dapat digunakan dengan sistem komputer tertentu:
doktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dengan menggunakan ~ komputer yang direka khas;~ bersepadu perisian yang menggabungkan pelbagai ciri yang biasanya wujud secara berasingan dalam satu perisian yang besar dan bersepadu;
~ kongsi perisian atau dokumen yang diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer;
pengisian perihal atau perbuatan mengisi atau mengisikan;
pengisi
1. orang (alat) yang mengisi;
~ pojok penulis ruangan sudut surat khabar;
2. sesuatu yang diisikan;
~ perut makanan dan minuman;
~ waktu pekerjaan dan lain-lain untuk mengisi masa lapang;
3. tempat untuk mengisi:
~ dawai;
4. = angka ~ (Matematik) angka-angka yang kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah:
1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6;
~ rata (Matematik) angka yang menjadi pengisi untuk lebih daripada satu nombor;
~ tunggal (Matematik) angka pengisi yang tidak dapat dibahagi lebih lanjut.