insurans

perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu;
masuk ~ dipertanggungkan dalam insurans, mengambil insurans;
~ kebakaran insurans yang menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pada rumah dan lain-lain);
~ nyawa insurans yang menjamin ganti rugi sekiranya orang yang berkenaan meninggal dunia;
~ nyawa bekal umur insurans yang menjamin bayaran sekiranya orang yang berkenaan mencapai umur yang tertentu atau meninggal dunia;

berinsurans mempunyai insurans:
setiap barang berharga di rumahnya ~;

menginsuranskan melindungi seseorang atau sesuatu daripada risiko, kerugian, dan sebagainya dengan insurans:
barang-barang itu sudah diinsuranskan daripada segala risiko;

penginsurans (Ekonomi) pihak dalam kontrak insurans yang bertanggung jawab membayar tuntutan, faedah atau memberi perkhidmatan mengikut syarat kontrak insurans.

berkongsi