infak

[Arab] pemberian (sumbangan) wang, harta dan sebagainya yang dibelanjakan untuk kebajikan, seperti derma, sedekah dan sebagainya:
asrama itu memerlukan ~ daripada orang ramai untuk membolehkannya menyelenggarakan kos operasi hariannya;

berinfak memberikan atau mengeluarkan infak:
katanya, dia akan tetap ~ sekadar yang termampu;
seseorang yang ~ untuk mencari keredaan Allah;

menginfakkan menyumbangkan (membelanjakan, mengeluarkan) sebahagian wang, harta dan sebagainya untuk kebajikan:
dia selalu ~ hartanya semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah;
mereka akan ~ semua keuntungan itu kepada ahli ibadat, ahli zuhud dan ulama.

berkongsi