inai

1. sejenis tumbuhan (pokok kecil yang daunnya digunakan sebagai bahan pemerah kuku dan jari), pacar, Lawsonia inermis;
~ batu

a) sejenis tumbuhan (pokok renek), kelampadang, mata keli, Vaccinium malaccense;
b) = ~ bukit sejenis tumbuhan (herba), Impatiens griffithii;
~ paya
sejenis tumbuhan (herba) temegun, Hydrocera trifiora;

2. benda untuk memerahkan kuku (dibuat daripada daun inai):
~ yang akan digunakan dalam istiadat bersanding telah siap digiling;
menempek ~ = meletakkan ~
membubuh inai pada kuku dan jari;
tari ~ tari piring;
~ tertepung, kuku tanggal (peribahasa) kerja telah siap tetapi faedahnya tidak didapat kerana berlaku sesuatu;
bagai ~ dengan kuku (peribahasa) persahabatan yang sangat karib (tidak pernah bercerai);
kaki tertarung ~ padahannya, mulut terdorong emas padahannya (peribahasa) mesti berani menanggung akibat janji atau perbuatan;

berinai memerahkan kuku dan jari dengan menggunakan inai, memakai inai:
setelah selesai istiadat ~ itu, hidangan pun diangkat orang;
~ besar
menempek inai pada malam menjelang hari perkahwinan (disaksikan oleh orang jemputan);
~ curi menempek inai yang hanya disaksikan oleh keluarga saja;

menginai menempek inai pada kuku dan jari:
pengantin itu akan diinai oleh keluarganya sendiri.

berkongsi