1. perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja:
bangsawan dipersembahkan secara ~, memusatkan kebijaksanaan seseorang pelakon, dan pelakonlah sendiri yang mengatur aksi dan dialognya;
2. sesuatu yang dihasilkan tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja;
mengimprovisasi
1. membuat improvisasi:
beliau menubuhkan kumpulannya dengan meminjam atau menyewa boneka daripada kumpulan lain dan ~ alat-alatnya daripada tin dan tong sebagai gendang;
2. menggubah lagu, gurindam dan sebagainya ketika sedang bermain, membaca dan sebagainya, menggubah tanpa persediaan.