ilustrasi

gambar (lukisan dan sebagainya) untuk menerangkan atau menghiasi sesuatu (dalam buku, majalah, dan lain-lain);

berilustrasi mengandungi ilustrasi:
kamus ~;

mengilustrasi membuat (menyediakan) ilustrasi untuk:
tugasnya ~ buku itu;

mengilustrasikan menerangkan sesuatu maklumat dengan memberikan ilustrasi:
model-model ini boleh diilustrasikan dalam gambar rajah ini;
beliau ~ betapa pemahaman Islam di kalangan masyarakat sangat dangkal dan bersifat ritual sahaja;

pengilustrasian perbuatan mengilustrasi:
buku tersebut telah mencapai satu tahap penulisan, penyuntingan, dan ~ yang boleh dipertanggungjawabkan;

pengilustrasi orang yang membuat ilustrasi:
tujuan dan arah sesebuah kartun itu terletak pada ~ itu sendiri.

berkongsi