iklan

pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dan lain-lain:
syarikat-syarikat perniagaan yang besar membelanjakan beribu-ribu ringgit sebulan untuk ~;

beriklan mempunyai iklan:
halaman ~;

mengiklankan memperkenalkan sesuatu kepada umum melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dalam surat khabar, majalah, dan sebagainya):
ia membeli ubat yang diiklankan dalam surat khabar;

periklanan hal (kegiatan dan sebagainya) yang berkaitan dengan iklan:
pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia;
kakitangan yang bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai;

pengiklanan perihal (perbuatan, kegiatan dan sebagainya) mengiklankan:
~ keluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa;

pengiklan orang (syarikat, media massa, dan lain-lain) yang mengiklankan sesuatu.

berkongsi