ibu I

1. orang yang melahirkan kita, emak:
tiap-tiap bulan, dia mengirim wang kepada ~nya di kampung;

2. panggilan hormat terhadap wanita yang telah berumur atau wanita yang bersuami:
kaum ~ dipersilakan duduk di hadapan;

3. bahagian yang besar (induk, utama, pusat, dan lain-lain) daripada sesuatu (seperti pejabat dan lain-lain);
rumah ~ bahagian yang besar atau bahagian tengah sesebuah rumah;

4. [kiasan] inti:
surah al-Fatihah sebagai ~ kepada al-Quran;
~ afrit ketua dalam satu kumpulan budak-budak nakal;
~ ayam perempuan yang memperdagangkan pelacur;
~ haruan orang yang suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak);
~ jari = ~ tangan jari yang besar antara jari-jari tangan;
~ kaki jari yang besar antara jari-jari kaki;
~ kandung ibu yang sebenar;
~ keladi orang tua yang masih berkelakuan seperti orang muda-muda;
~ kelung gajah betina yang digunakan untuk memikat gajah liar;
~ kota = ~ negara = ~ negeri bandar yang menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri;
~ kuih ragi (benda yang dibubuh dalam adunan supaya kuih naik);
~ mentua ibu kepada isteri (suami);
~ mutiara bahan yang keras, licin dan berkilat yang menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan untuk membuat butang, barang perhiasan, dan lain-lain;
~ panah busar;
~ pasir pasir yang kasar-kasar;
~ pejabat pejabat besar;
~ pemalas orang yang sangat malas;
~ pembohong orang yang selalu bercakap bohong;
~ pertiwi negeri tempat tumpah darah (negeri sendiri);
~ roti sejenis yis yang menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu;
~ saraf pusat urat saraf;
~ saudara adik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita;
~ sawat (telekom) pusat suis atau pensuisan yang merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon:
kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom;
~ sungai
sungai besar yang mempunyai beberapa buah anak sungai;
~ suri bonda raja;
~ susu perempuan yang menyusui seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sendiri;
~ tangga kayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat;
~ tunggal wanita bergelar ibu yang membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dan sebagainya;
seperti anak ayam kehilangan ~ (peribahasa) rakyat yang berpecah-belah atau hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana bercerai dengan sahabat karib);

beribu
1. mempunyai ibu;

2. menganggap sebagai ibu;

beribukan mempunyai sebagai ibu:
isteri yang ~ orang berharta;

keibuan sifat-sifat ibu, kewanitaan:
perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan;

peribuan perindukan.

berkongsi