[Arab] bakti (khidmat) kepada Tuhan, perbuatan dan amalan yang dilakukan sebagai bakti kepada atau kerana Tuhan (seperti sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dan lain-lain):
dia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan;
ahli ~ orang yang membuat ibadat;
beribadat berbuat ibadat, menunaikan suruhan agama:
gadis itu taat ~ dan mengasihi kedua-dua ibu bapanya;
mengibadatkan menjadikan sesuatu sebagai ibadat;
peribadatan
1. keseluruhan perbuatan dan amalan ibadat yang dilakukan kerana Tuhan;
2. hal berkaitan dengan mengerjakan ibadat:
dalam seluruh ~, keikhlasan menjadi sari pati yang amat dikehendaki.
berkongsi