huru-hara

1. dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau:
negeri yang aman akan ~ akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis;

2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya):
dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan ~lah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya;

3. [bahasa percakapan] berjalan dengan tidak tentu tujuan:
janganlah ~ ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam;

4. keadaan kacau-bilau:
ahli nujum meramalkan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an;

menghuru-harakan
1. menyebabkan huru-hara, mengacau-bilaukan:
gerila-gerila komunis cuba ~ negara kita, tetapi gagal;

2. menyebabkan huru-hara, menjadikan (keadaan) kelam kabut:
kekecohan itu telah ~ mereka;

kehuru-haraan keadaan yang huru-hara, kekacau-bilauan:
~ di negara itu telah menjejaskan kedudukan ekonominya.

berkongsi