berhuni ada didiami orang, berpenduduk:
kami tahu rumah itu ~ kerana adanya cahaya lampu;
menghuni
1. mendiami, menduduki:
mengapa ia mesti ~ negara yang serba asing ini?;
kalau ahli bait pergi kenduri atau ke rumah orang kematian, dialah yang disuruh ~ rumah;
2. = menghunikan mengawasi, menjaga, menunggui:
betul saya lihat dia di sana, menghunikan dan menyapu-nyapu kedai induknya;
penghunian perihal, perbuatan atau tindakan menghuni (rumah, bilik dan sebagainya):
kawasan itu mempunyai kadar ~ yang tinggi, iaitu sebanyak 85% ;
penghuni
1. orang dan lain-lain yang mendiami (rumah dan lain-lain):
rumah itu berkunci, ~nya tidak ada;
mereka menjadi ~ rimba dengan dada yang mengandungi bara;
2. hantu penunggu;
~ dunia manusia (binatang dan lain-lain) yang mendiami dunia ini;
~ kampung penduduk kampung;
berpenghuni mempunyai penghuni:
rumah itu tidak ~.